
zuber_jr
6 tahun
Elakan dari pengambilan ubat cholestrol
2 bulan yg lepas saya ada buat stress test & keputusa nya positive. Ujian darah overall cholestrol 4.63, diebeties 5.2 & BP normal… LDL 2.9. Dr srh saya buat angiogram tapi saya takut… Dr srh saya diet & excersise… So 2 bln tu saya jaga permakanan & kerap joging atau cycling. saya ambil ujian darah.
Total cholestrol - 3.2
HDL cholestrol - 1.4
LDL cholestrol - 1.4
Triglycerides - 0.9
Dengan penurunan cholestrol saya, saya assume saya tak perlu mengambil ubat cholestrol lagi tapi Dr srh saya mengambil ubat dgn menurun dos dari 20mg ke 10mg… Apa yg saya tahu Dr srh saya mengambil ubat cholestrol seumur hidup… Ada tak cara lain supaya saya tidak mengambil ubat cholestrol seumur hidup…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penurunan kolestrol anda kemungkinan besar adalah kesan dari pengambilan ubat tersebut. Jika anda berhenti mengambil ubat tersebut, kolestrol anda mungkin boleh tinggi lagi.
Terdapat dua jenis kolesterol di dalam badan kita iaitu kolesterol baik (HDL) dengan kolesterol jahat (LDL). LDL yang terlalu tinggi atau HDL yang terlalu rendah akan meningkatkan risiko sakit jantung, strok (angin ahmar), penyakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. Oleh itu, objektif pemakanan serta gaya hidup yang sihat adalah untuk mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL di dalam badan kita disamping pengambilan ubat kolestrol.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini ([DoctorOnCal](http:// www.doctoroncall.com.my/patient#/signup)l) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.