
Sulit
4 tahun
Ellgy corn & warts sesuai tak untuk ibu hamil & kandungan?
hi dr … saya sedang mengandung dan boleh ke dalam keadaan saya hamil ini saya mengguna ELLGY CORN & WART di ketuat di jari kaki saya ? adakah ia sesuai untk ibu hamil seperti saya dan bayi di dalam kandungan ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan pernyataan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Secara umumnya gejala yang anda alami boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit, antaranya adalah:
- ketuat/kutil
- keratosis
- fibrokeratoma
- dan penyakit kulit yang lain
Walau bagaimanapun, khususnya terhadap ketuat beberapa kajian telah mendapati bahawa ketuat boleh hilang dengan sendiri tanpa meninggalkan apa-apa bekas luka tetapi ia mungkin memakan masa sehingga 2 tahun. Sesetengah ketuat agak susah untuk dirawat dan adakalanya setelah dirawat, ketuat masih boleh berulang lagi.
Antara contoh-contoh rawatan ketuat plantar (tapak kaki) saat ini termasuk:
- Cryotherapy
- Rawatan-rawatan lain seperti gel dan krim
- Pembedahan boleh dilakukan sekiranya rawatan topikal tidak berjaya.
Anda boleh cuba merawat ketuat anda menggunakan ubat farmasi tetapi rujuklah kepada doktor anda sekiranya anda mempunyai :
- Khuatir akan kesan sampingannya
- Ketuat yang bertambah teruk atau sudah mulai merebak
- Ketuat yang berdarah, menyakitkan, berubah rupa atau mengganggu aktiviti harian anda
- Tidak pasti diagnosis sebenar
- Cuba merawat ketuat sendiri tetapi ia berterusan dan mula menyebar
- Mempunyai kencing manis dan kebas di kaki anda
- Mempunyai sistem imun yang lemah kerana pengambilan ubat imunosupresi, AIDS atau penyakit imunosupresif
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Namun untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih