
Sulit
3 tahun
Faraj gatal dan tumbuh bisul setiap bulan sebelum period
Saya wanita 25 tahun. Pada setiap bulan sebelum datang bulan, di bahagian faraj saya akan tumbuh jerawat dan seakan bisul. picit dan keluar nanah berbau. malah kadangkala saya merasa gatal dan berbau di bahagian faraj. Perkara ini berlarutan selama beberapa tahun dan terkini pasangan saya disahkan penyakit STD dan kemungkinan HIV. Sudah 5 bulan kami tidak melakukan hubungan intim. Saya tidak mengalami simtom gejala STD seperti nanah keluar melalui faraj dan tidak sakit ketika kencing. Adakah saya berkemungkinan dijangkiti? Dan bagaimana saya perlu mendapatkan rawatan di klinik kerajaan pada waktu covid 19? Kerana sangat susah pada waktu ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala kegatalan dan benjolan pada faraj yang anda alami boleh disebabkan:
- radang folikel
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Jangkitan genital herpes
- Kista (cyst) pada kemaluan seperti “Bartholin/Sebaceous cyst”
- Penyakit kulit sepert ekzema atau alahan dermatitis
- Penyakit seperti lichen sclerosus/planus
Gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara selain STD, seperti:
- Alahan kulit - seperti pada sabun atau kain seluar dalam
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia sekiranya pernah melakukan persetubuhan
- Jangkitan saluran kencing
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut. Anda juga boleh menghubungi klinik kesihatan kerajaan untuk mendapatkan informasi tentang waktu beroperasi.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan