Sulit
4 tahun
Faraj keluar darah lepas accident
hi doc! saya perempuan berumur 19.saya ingin bertanya normal ke selepas accident akan keluar darah di faraj? untuk pengetahuan saya accident motor. sebelum ni saya accident jatuh dan terseret. selang dalam dua hari, faraj keluar darah dalam kuantiti yang banyak dan yang penting itu bukan darah haid. darah keluar hampir dua hari dan kerap keluar darah. lepas tu okay dah. dan harini saya accident motor lagi dengan sebab yang sama (orang langgar). perkara yang sama berlaku cuma darah keluar hari ni juga, tapi tak banyak. tak pasti kalau selang berapa hari lagi darah akan keluar lagi dan banyak. normal ke dan kenapa boleh terjadi? thank u doc!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sekiranya terjadi perdarahan setelah kejadian kemalangan, yang paling ditakutkan adalah dikhuatiri terjadi perdarahan dalaman. Sebaiknya anda langsung memeriksakan diri ke doktor atau unit kecemasan berdekatan memandangkan situasi ini memerlukan penanganan segera.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.