
Sulit
5 tahun
Faraj kering ketika bersetubuh serta sakit
Hye Dr, sy berusia 30an. Sy mengalami masalah kekeringan faraj serta sakit semasa bersetubuh. Sy juga mendapati bibir faraj sy sebelah kiri mengalami bengkak serta terdapat seperti lebihan isi di hujung bibir farah hala ke dubur. Adakah sy perlu mendapatkan rawatan lanjut? Sy juga sedang hamil 25weeks. Adakah ini normal? Harap Dr dpt membantu sy. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, faraj kering dapat terjadi disebabkan oleh:
- kurang ransangan
- menopause
- breastfeeding
- mengambil ubatan seperti kontraseptif atau antidepresan
- mempunyai rahim anda dikeluarkan (histerektomi)
- menjalani rawatan kanser, seperti kemoterapi
Bengkakak pada faraj pula boleh disebabkan oleh:
- polip pada faraj
- lipoma
- radang folikel
- jerawat
- prolapse
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.