
Sulit
5 tahun
Fungal Otitis Externa (Left ear)
Selamat pagi. Saya mengalami otitis externa (fungal) telinga kiri sejak akhir bulan January yang lepas. Saya diberi ubat anti-fungal dan ubat titis anti-fungal (candid). Namun disebabkan kes Covid-19 ni saya tak dapat meneruskan rawatan dan cuba elakkan bersesak di klinik. Pada awalnya telinga saya kerap sakit, berair dan berdenyut. Waktu tu, doktor bagitahu jangkitan ni hanya di lapisan tengah sebab gegendang telinga saya masih tak berlubang. Baru2 ini telinga saya dah tak berair dan berdenyut, namun saya kerap sakit kepala di bahagian kiri. Boleh saya tahu kenapa? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia. sakit kepala ini mungkin berkaitan dengan jangkitan telinga anda atau masalah yang berbeza.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor yang terdekat supaya pemeriksaan penuh dapat dikendalikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.