
Sulit
5 tahun
Gastrik yg menyebabkn tekak sakit dan terasa gatal
Ibatnya…jkemungkinan jis gastrik sy anik ke tekak dan menyebabkan tekak saya sakit…sya tidak pasti ini adalah puncanya, kemungkinan doktor boleh berikan penerangan terperincian keadaan saya ini. Terima kasih.Saya berumur 41 tahun lelaki. Masalah saya alami ialah tekak sy sakit dangatal-garal. Sebelum tekak saya sakit, saya mengalami sakit gastrik…tapi sy tidak ambil kisah. A

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.