
Sulit
4 tahun
Gatal di badan, tapak tangan dan paha
sy berumur 31thn. kemarin tiba-tiba saja bahagian belakang, bhgian paha, bahagian tepi perut dan tapak tangan tiba-tiba saja gatal sampai hari ni. sampai kan semalam sy susah nak tidur. Di bahagian gatal tu pula timbul bintik kecil dan besar. tapak tangan sy pula kelihatan merah. apa punca benda ni Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah anda perlu diperiksa dengan lebih teliti untuk mendapatkan kesimpulan. Melalui penerangan anda, masalah anda boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah kulit kering
- Ekzema
- Dermatitis Seborrhoeic
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan,
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.