Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Gatal di bahagian kemaluan dan ada biji2 kecil. Saya tiada keputihan atau mengeluarkan apa2 cecair

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 15, 2021 7:25 PM

Sulit 3 bulan

Saya wanita berumur 20 tahun belum berkahwin . Sejak 5 hari lepas sy terasa sangat gatal di bahagian kemaluan sy , terutamanya di bahagian luar lubang keluar darah haid . Dan sy perasan yg meyebabkan gatal itu adalah biji2 kecil di bahagian kemaluan . Tetapi sy tidak ada keputihan atau mengeluarkan apa2 cecair . Adakah saya perlu berjumpa doktor kerana ia mengganggu tidur?

Dr Sashini Seeni 3 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kegatalan pada bahagian kemaluan dan terdapat biji-biji kecil. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.

Secara umum, masalah yang dialami oleh anda ini berpunca daripada :

  • Alahan terhadap produk pencuci
  • Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
  • Kurang penjagaan kebersihan

Namun, ia juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:

  • Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
  • Jangkitan penyakit kelamin
  • Jangkitan kulat
  • Folliculitis (Keradangan pada folikel bulu)
  • Dermatitis
  • Ketuat kelamin

Oleh, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah yang anda alami.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.

Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Tue Jun 15 2021 19:25:41 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19