
Sulit
4 tahun
Gatal di kawasan kemaluan: lelaki. Alergik atau sebaliknya
Saya mempunyai masalah gatal di celah di belah kanan Dan Kiri paha… boleh ke timbul akibat alergik atau masalah Yang lain apa punca kepada masalah ini Dan apa pandangan doktor untuk masalah begin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu gatal pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah