Sulit
6 tahun
Gatal di sekitar vagina dan kelengkang
Berdasarkan pembacaan saya, saya rasa saya mengalami iritasi pada vagina sekitar vagina dan kelengkang saya. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan kegatalan ini? Gatal sampai tak boleh tidur malam. Tolong saya doktor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat dan seringkali terjadi di kawasan yang berpeluh banyak seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk kegatalan, ruam bersisik, kemerahan dan perasaan membakar terutamanya selepas digaru.
- Ruam haba kerap berlaku apabila peluh berlebihan dan saluran peluh tersumbat. Faktor-faktor yang mengakibatkan ruam ini adalah seperti pakaian ketat dan penggunaan krim tebal. Ia juga biasanya berlaku di kawasan yang sering tergeser seperti paha dalaman. Ia boleh hilang sendiri jika kulit terjejas disejukkan.
- Atopic dermatitis atau ekzema adalah sejenis penyakit kulit kronik. Ia biasanya bermula di siku dan lipatan lutut tetapi boleh merebak ke merata-rata badan. Tanda-tandanya termasuk kegatalan, ruam bersisik dan kulit kering dan merah.
- Kontak dermatitis disebabkan oleh pendedahan kepada ‘irritant’ atau alergen seperti lateks sabun, krim, peluntur dan juga beberapa jenis pakaian.
Bagi semua penyakit ini, jika tidak dirawat dan kulit kerap digaru, lama-kelamaan kulit boleh menjadi tebal dan hitam akibat keradangan. Penyakit-penyakit ini mempunyai rawatan yang berbeza. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana penyakit kulit mudah dijangkiti dan merebak kepada bahagian badan yang lain. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































