Sulit
3 tahun
Gatal gatal di bahagian sensetif
Saya ada masalah gatal2, di bahagian bawah payu dara, ketiak dan faraj… Mcm mana nak atasi masalah sy
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada beberapa kawasan kulit iaitu di payudara, ketiak dan faraj. Untuk makluman anda, kegatalan pada kulit boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Alahan
- Kesan radang akibat bercukur
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!