aziraamirul2811
7 tahun
Gatal pada alat sulit
Saya wanita berumur dalam 24 tahun…saya mengalami masalah gatal pada alat sulit saya…gatal didalam alat sulit saya. Apakah penyakit yang saya hadapi? Adakah itu disebabkan kulat?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk makluman anda, antara punca-punca yang menyebabkan kegatalan faraj adalah seperti:
- Peluh berlebihan
- Kesan Allergi/ Iritasi kulit terhadap serbuk pencuci kain, produk feminin, pakaian ketat dan sebagainya.
- Jangkitan kulat
- Keadaan kulit seperti Eczema, Psoriasis
- Penyakit kelamin
- Kudis buta
- Jangkitan kutu di bahagian kemaluan
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi dan rawatan yang paling bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu,anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.


































