
Sulit
4 tahun
Gatal pada bahagian pelipat kaki dan tangan
Saya mengalami gatal gatal di bahagian pelipat kaki dan tangan saya . Ada naik ruam dan bintik bintik yang menyebabkan saya gatal gatal .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada pelipat kaki dan tangan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gigitan serangga
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema atau psoriasis
- Dermatitis alahan - pada peluh atau stokin
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).