
Anonymous
5 tahun
Gatal pada vagina/faraj
Saya wanita berusia 25 tahun, belum berkahwin. Saya mengalami kegatalan di bahagian vagina. Dan, saya kerap buang air kecil. Period terakhir saya pada 10 Mac 2019. Adakah kegatalan pada vagina mempengaruhi period saya? Selama ini kitaran period saya memang tidak tetap. Tapi, ini pertama kali period saya terlalu lewat. Biasanya, period saya lewat dalam 1 bulan lebih. Saya agak musykil sebab kali ni period saya 2 bulan lewat.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda kegatalan pada alat sulit biasanya disebabkan oleh jangkitan yis atau dipanggil candidiasis. Namun begitu, terdapat kemungkinan lain penyebab keputihan dan kegatalan tersebut seperti:
- Bacterial vaginosis
- Radang vulva atau vagina
- Jangkitan kelamin
Penggunaan alat pencuci vagina sememangnya merupakan salah satu faktor risiko jangkitan kulat, bacterial vaginosis dan radang pada kemaluan anda. Hubungan persetubuhan boleh menyebabkan jangkitan jika pasangan anda mengalami jangkitan dan menyebarkannya kepada anda ketika hubungan dilakukan.
Kegatalan pada vagina anda tidak akan mempengaruhi kitaran haid anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.