
Sulit
5 tahun
Gatal sehingga luka. kulit kering di tempat gatal, keadaan makin merebak
Saya wanita berusia 20 tahun. Pada tahun lalu badan saya secara tiba tiba naik ruam2 merah dibeberapa bahagian. Jadi saya berjumpa dengan doktor. Doctor bagitau maybe saya ada allergy. so dia bg ubat then habis. then kulit saya still tak baik and start gatal. so saya pergi jumpa doktor yang lain then dr tu ckp fungus infection. so dia prescibe ubat and cakap kulit memang lambat baik so pakai je ubat ni. saya dah pakai lebih kurang 3 tiub ubat dia bagi (defuzin-B). lebih kurang sebulan kebelakangan ni badan saya menjadi semakin gatal. So skrg lebih baik saya rujuk dgn hosp or still teruskan ubat sapu yg diberi?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kulit gatal boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.