
Sulit
5 tahun
Gatal serta kemerahan di beberapa jari tangan
beberapa jari saya gatal, kemerahan dan kering… saya ada menggunakan ubat jenis krim iaitu H-CORT ointment. Malangnya, jari saya bertambah teruk. jadi saya berhenti gunakannya… Boleh saya tahu ubat lain yang sesuai untuk masalah saya? Terima kasih Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal, serta menggelupaspada jari boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- psoriasis sejenis penyakit autoimun
- dishidrotik ekzema sejenis ekzema
H-CORT ialah ubat yang terlalu kuat dan anda tidak boleh menggunakannya sewenang wenangnya. Ia ialah sejenis steroid yang memberi pelbagai kesan sampingan jika disalahgunakan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.