
Sulit
4 tahun
Gatal setiap kali sesudah mandi dan gatal semula jika terkena air
Saya wanita berusia 23 tahun dan belum berkahwin. Sebelum ini saya ada mengalami enzema dengan buasir. Tapi buasir saya makin berkurangan (saya tidak lagi mengalami sembelit) tapi kini saya selalu mengalami kegatalan di kemaluan selepas habis mandi. Saya ingin tahu adakah gatal tersebut disebabkan buasir atau enzema atau ada penyakit lain yang lebih berbahaya. Terima Kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah gatal, pada alat kelamin boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Ruam
- Psoriasis
- Eczema
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
- Atau penyakit kulit yang lain
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah