Sulit
3 tahun
Gatal tekak selepas selsema tak berhingus tapi berkahak
Wanita berusia 26 tahun. Sebelum ini saya selsema tapi tak ada hingus cuma berkahak. Saya dah ke klinik dan doc bagi ubat selsema. Selsema sudah baik tapi selepas itu tekak saya jadi gatal. Batuk hanya bila tekak saya gatal sangat. Perlukah saya berjumpa doc lagi? Sudah seminggu tekak saya gatal. Ada masa okay ada masa tak. Saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- jangkitan kuman pada pharynx
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.