
Sulit
4 tahun
Gatal2 di belakang telapak tangan, adakah simptom covid19?
Belakang telapak tangan saya gatal2 seperti ruam, saya tak pasti samada allergic sabun atau ada punca lain. Saya ada terbaca yg rash skin menjadi salah satu symptom covid19. Patutkah saya risau & apa yg perlu sy buat Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat gejala-gatal pada bahagian tangan atau anggota badan yang lain:
- Skabies
- Alahan pada debu, bulu atau bahan kimia
- Gigitan serangga
- Dermatitis ataupun radang kulit
- Eksema
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami sarankan anda untuk memantau gejala yang anda sedang alami pada masa ini dan segera menghubungi pihak kesihatan sekiranya anda mempunyai gejala-gejala yang disebutkan di atas.
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai gejala sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Mengenai simptom gatal-gatal tangan yang dinyatakan oleh anda di ruangan soalan, kami memerlukan maklumat lebih jelas daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link (Screening COVID). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini