Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Gejala batuk ringan, selesema dan kegatalan tekak

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 30, 2020 3:23 AM

Sulit 2 bulan

As salam dan selamat pagi DR.

Untuk pengetahuan saya seorang pesakit Enxiety Disoder…
Pada awal sebelum bermula PKP fasa 1,saya telah mengalami gejala batuk ringan dan kegatalan dibahagian tekak serta selesema ringan dan tidak pernah demam. Gejala ini mula berkurangan tetapi tidak pulih sepenuhnya.Gejala batuk tidak kerap tetapi apabila datang kegatalan di bahagian tekak membuatkan saya terbatuk. Saya telah mengambil ubat-ubatan dari klinik dan gejala ini tetap ada tidak hilang sehingga sekarang. Saya risau gejala saya ini ada berkaitan dengan wabak covid-19 kerana sudah terlalu lama tidak selesa dengan keadaan kegatalan tekak dan batuk/selesema.

Terima Kasih DR.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:

Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Masalah anda mungkin juga disebabkan oleh:

Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat

  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.

  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus

  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang

  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna

  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah

  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Apr 30 2020 03:23:28 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Batuk hampir sebulan, kahak pekat macam jelly jelly Saya berusia 39thn…mengalami batuk dekat sebulan, kahak pekat macam jelly Dan sakit Di dada seperti mencucuk cucuk dada seperti mencucuk cucuk Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kahak kahak berdarahnak tahu apa punyanya Saya berusia 46 th,bila saya bersin terkeluar kahak berdarah dari mulut Baca lagi...
55 hari
Sulit
Batuk Tempoh Lama dan sudah banyak ubat vatuk diminum dan sudah banyak gula-gula untuk sakit tekak dicuba, tetapi tidak pulih Saya sudah lama mengalami batuk, dan pernak menjalani ujian untuk TB, tetapi keputusan negatif. Dan bila saya batuk, rasa seperti paru-paru mempunyai air dan kadang-kadang berasa berangin, kenap… Baca lagi...
28 hari
Sulit
Batuk berdarah dan sukar untuk bernafas Hai saya batuk dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Pada masa yang sama saya jugak selesema, dan bersin tidak berhenti. What should i di Baca lagi...
55 hari
Sulit
Demam on off dan batuk melebihi 2minggu doc saya dah batuk lebih 2minggu bila batuk dada saya belah kanan sakit mcm luka… saya demam on off selalu bila malam… dan selalunya saya kena makan panadol dan bagi badan berpeluh baru ok… sela… Baca lagi...
46 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi