
oldstarstory
2 tahun
Gerd dan membuatkan saya kembung perut dan bernafas dengan tidak selesa pada waktu malam dan juga tidur dan juga kadang2 ada batuk kerana tekak pahit
Saya seorang lelaki yang berusia 38 tahun dan ada gerd hamper 10thn…lately setiap malam sy menghadapi kembung perut, angin tak keluar dar badan dan sukar bernafas kerana hidung tersumbat dan jugak terasa ada sesuatu tersangkut di tekak yg membuatkan saya tidak boleh bernafas dgn selesa dan juga tidak boleh tidur. tetapi pada keesokan paginya, pernafasan mulai stabil tetapi tidak lama dan ia akan berulang semula. setelah pemeriksaan dgn Dr. 2 hari lps, dia mengatakan paru2 saya ok dan tidak perlu utk Nab…cuma masalah saya adalah pedih ulu hati…soalan saya, mengapa saya selalu menghadapi kesukaran utk bernafas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kemungkinan anda sesak nafas adalah kerana asid yang refluks ke esofagus disebabkan GERD anda, masuk ke paru-paru. Asid ini menyebabkan keradangan paru-paru dan seterusnya membuatkan anda sesak nafas.
Maka, anda digalakkan untuk meninggikan sedikit bantal anda ketika tidur agar asid itu tidek refluks kembali ke esofagus dan seterusnya mangalir ke saluran pernafasan. Selain itu, elakkan makan sebelum tidur. Makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur dan jangan makan dalam kuantiti yang banyak. Bukan itu sahaja, elakakan makanan yang boleh menyebabkan refluks.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.