
mithradevi199712
5 tahun
Guguran dan rahim longgar
Saya wanita 22 tahun dan mengalami 3 keguguran tanpa diduka dan paksa. Setelah gugur rahimsaya berasa beragin apabila bersama dengan suami mengeluarkan bunyi kentut dan merasakan rahim sudah longgar.apa yg saya perlu buat utk mengatasi masalah ni dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami bersimpati atas kejadian yang berlaku. Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Untuk makluman pihak anda, selepas keguguran atau melahirkan, faraj akan melebar sedikit kerana ia telah mengeluarkan sesuatu yang besar. Ia adalah perkara biasa dan semua wanita mengalami keadaan ini. Biasanya selepas berehat dan mengelakkan diri daripada melakukan hubungan untuk seketika rahim dan faraj akan mengecil walaupun mungkin tidak bersaiz normal.
Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih