Sulit
6 tahun
Hai doktor, saya ingin bertanya sama ada darah yang keluar selepas bersama dengan suami adakah darah haid atau darah peyakit
Hai doktor, saya mengalami pendarahan yg sedikit selepas beberapa jam bersama dengan suami. Adakah itu normal? Ataupun darah tersebut adalah darah haid? Saya perlu berbuka puasa atau tak? Saya keliru. Darah tersebut hanya berlaku sehari dan esoknya sudah tiada. Harap dapat membantu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pendarahan selepas hubungan seks ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Faraj kering (“vaginal dryness”)
Kurang pelincir ketika seks
Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Cervical ectropion
Saya tidak dapat menjawab sama ada ianya darah haid atau tidak. Namun, kebiasaannya darah haid normal adalah selama 2-7 hari. Akan tetapi, sekiranya anda melakukan hubungan seks semasa puasa, secara automatik puasa anda telah terbatal.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































