
Sulit
4 tahun
Haid awal normal atau hamil
hi dr. Saya wanita berusia 24 tahun dah berkahwin . Haid saya bulan ini datang awal 2-4 hari . Dan hanya sehari je ada tompokan darah . Adakah boleh terjadi simptom kehamilan? Kali terakhir saya bersama suami pada 22/12/2020 . Terima kasih .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala tompokan darah yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur disertai dengan tompokan coklat. Antara punca utama yang dapat berlaku adalah:
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Untuk mengetahui apakah gejala itu, turut disebabkan tanda-tanda awal kehamilan, saya sarankan agar anda berjumpa doktor secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Namun lazimnya disebabkan jarak haid kali ini & tarikh terakhir anda bersama suami adalah agak jauh, kemungkinannya adalah kecil.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.