Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid datang kembali selang seminggu

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 8, 2020 6:04 AM

Sulit 2 bulan

sy bujang dan berumur 30 tahun.saya telah datang haid pada 23/4 dan tamat pada 30/4… selepas seminggu iaitu pada 7/5 haid sy datang kembali. darah haid tersebut mempunyai warna dan banyak seperti yang biasa. adakah ini normal doctor. sy sangat risau kerana perkara ini tidak pernah berlaku kepada sy. adakah kemungkinan perkara ini ada kene mengena dengan cyst??

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain kehamilan masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
  • Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
  • Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
  • Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
  • Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lagi. Selain itu, hanya dengan mengetahui punca sebenar masalah anda barulah rawatan boleh diberikan.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 08 2020 06:04:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Period tak datang 2 bulan tetapi cek upt negatif Saya berhenti perancang selepas melahirkan anak pertama pada bulan 11 2019. Selepas berhenti pil perancang period seperti biasa, sejak bulan 3 period masih xkunjung tuba. Scan doktor cakap rahim… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Haid datang kembali selang seminggu sy bujang dan berumur 30 tahun.saya telah datang haid pada 23/4 dan tamat pada 30/4… selepas seminggu iaitu pada 7/5 haid sy datang kembali. darah haid tersebut mempunyai warna dan banyak seper… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Tidak period semasa ambil suntikan Assalamualaikum doktor. Saya berusia 20 an dan mempunyai 2 org anak jarak nya 2 tahun. Dan sekarang ni saya dah berhenti mengambil suntikan kerana selama saya mengambil suntikan saya tak datang … Baca lagi...
38 hari
Sulit
Utp negative tapi tidak datang haid Saya wanita berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Sy mempunyai masalah haid tidak datang pada waktu y sepatut nye…sekarang ini saya sudah lewat 28 hari dri hari pertama saya haid pada bulan lep… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Saya naktanya pasal saya sudah stop injection perancang Saya da stop perancang keluarga injection.tapi sampai skrg saya x datang period…selepas berhenti saya period sikit2 sahaja it Pon bulan pertama berhenti injection.dan sampai skrg tidak datang pe… Baca lagi...
30 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi