Sulit
4 tahun
Haid datang selama 17 hari
Salam Dr. Saya wanita dalam lingkungan 20an. Saya daripada dulu mengalami masalah haid tidak teratur. Waktu period saya sangat tidak menentu. Namu begitu, saya telah pertama kali mengalami haid yang berpanjangan selama 17 hari. Dan aliran darah saya agak banyak sehingga saya perlu menghabiskan 4 paket overnight pad. Pada hari ke 17, saya assume period saya dah tamat tetapi selepas seminggu, darah tiba-tiba keluar semula. Adakah ini satu masalah Dr? Ada kemungkinan saya ada penyakit ke Dr? Saya pernah berjumpa dengan Dr di klinik sebelum ini kerana lambat datang haid dan dr menyatakan saya mempunyai follicle cyst tetapi dr itu menyatakan ianya tidak merbahaya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti perancangan keluarga. Jika anda menggunakan perancangan keluarga, ia boleh mempengaruhi kitaran haid anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.