
Sulit
4 tahun
Haid datang selepas pengambilan supplement majun
Saya remaja 18 tahun . Saya mengambil supplement majun untuk menghilangkan keputihan tetapi selepas itu haid datang kembali setelah seminggu habis . Adakah ini disebabkan oleh supplement majun yang panas dan menyebabkan haid ?

4 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan dengan suplemen majun yang anda ambil kerana tidak meneliti kandungannya. Sebaiknya anda merujuk suplemen serta ubat yang anda ambil kepada farmasi ataupun doktor.
Hal ini kerana, suplemen yang tidak mendapat pengesahan daripada pihak kesihatan boleh mendatangkan kesan sampingan pada hati, buah pinggang, alahan dan sebagainya
Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.