
Sulit
4 tahun
Haid keluar kulit telur
Saya datang haid lewat 2 hari, dan hari perrama keluar seperti kulit telur dan darah haid. Adakah itu tanda saya nak hamli tapi rak menjadi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sekiranya anda datang haid lewat dua hari, ianya tidak merujuk bahawa anda hamil. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid boleh berubah-ubah pada setiap kitaran. Untuk membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT), anda disarankan untuk melakukannya selepas 2 minggu haid anda lewat dan di awal pagi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.