Sulit
2 tahun
Haid lambat datang yang menyebabkan saya risau
Hy dokter saya nak tanya saya x datang haid selama sebulan lebih,hampir dua bulan saya risau😭adakah ia berbahaya
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah tidak datang haid selama 2 bulan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- gangguan hormon
- hamil
- PCOS
- masalah kelenjar tiroid
- prolactinoma
- alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
- kesan sampingan ubat ubatan lain
Jika anda masih risau tentang keadaan haid anda, atau jika anda mengalami gejala lain seperti pendarahan haid yang banyak, pendarahan faraj yang tidak menentu masa, demam panas atau sakit senggugut yang serius, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Sekiranya gejala ini masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.