
Anonymous
5 tahun
Haid lewat dan postinor
Saya telah mengambil postinor2 dua kali di dalam satu menstrual cycle kerana kelalaian dalam mengambil family planning pill secara harian (missed day). Sekarang haid saya telah lewat 10hari dan saya dah buat UPT sebanyak dua kali dan keputusannya negative. Tetapi pada hari ke 8 kelewatan, saya telah mengalami pendarahan yang agak gelap warnanya dan ia hanya berlaku sekali. Adakah saya perlu menghentikan pil family planning saya dan bersedia dengan kemungkinan mengandung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pendarahan selepas mengambil ubat pil perancang ada kalanya sangat banyak. Sekiranya anda ingin hamil, anda boleh berhenti mengambil pil perancang apabila pil tersebut habis. Sekiranya tidak, anda perlu memastikan pengambilan yang konsisten pil perancang anda dan juga mengelakkan penggunaan kerap pil postinor 2 kerana pil tersebut mempunyai dos hormon yang jauh lebih tinggi berbanding pil perancang biasa. Alternatifnya, anda boleh meminta pasangan anda untuk memakai kondom dan anda mengambil pil perancang tambahan (extra) pada hari terlupa pengambilan biasa pil tersebut. Sekian.