
Anonymous
5 tahun
Haid lewat darj kebiasaan
Saya berumur 45 tahun penghidap diabetes II…period setahun keblkgan ni dtg setiap bulan…cuma bulan ni masih x period lewat 6 hari. Saya dh ambil sunolut utk 3 hari

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan,kelewatan haid boleh disebabkan pelbagai punca dan sekiranya diambil faktor anda cuba hamil serta umur anda, sebab-sebab berikut merupakan antara kemungkinan:
- Kehamilan
- Pil perancang
- Anovulasi (tiada ovulasi pada kitaran haid bulan tersebut)
- Stress (fizikal dan emosi)
- Kurang berat badan
- Masalah kalenjar tiroid, pituitari ataupun ovari
Anda boleh ulangi ujian upt sekali lagi atau terus ke klinik bagi mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.