Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid saya keluar berketul besar tapi tak melekit pada hari ketiga setiap bulan. Haid saya teratur je setiap bulan memang akan datang haid tapi setiap hari ketiga mesti akan keluar seketul besar lepas tu dah tak senggugut

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 30, 2020 1:23 PM

Sulit 2 bulan

Umur saya 20 tahun. Period first saya masa umur 12, memang haid saya teratur tapi sejak kebelakanagn ni selalu keluar ketul tu. Selagi tak keluar ketul besar tu, mesti senggugut smapi tak boleh bangun

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ketulan darah yang keluar ketika datang haid ini biasanya tidak merujuk kepada apa-apa masalah.

Untuk makluman pihak anda, ketulan darah ini berlaku disebabkan pembekuan darah apabila lapisan rahim menumpahkan jumlah darah yang banyak. Apabila darah berkumpul di rahim atau vagina, ia akan mula membeku seperti yang berlaku pada kulit yang terluka.

Tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi tanda penyakit tertentu terutama sekiranya berlaku gejala seperti:

  • Ketulan darah berukuran lebih besar dari 2.5 cm
  • Sangat kerap berlaku
  • Disertai dengan aliran yang tidak normal sehingga seseorang perlu pad atau tamponnya sekurang-kurangnya setiap 1-2 jam
  • Disertai dengan sakit

Antara masalah yang boleh menyumbang kepada gejala ini adalah:

  • Fibroid atau polip
  • Endometriosis
  • Adenomyosis
  • Perubahan hormon
  • Rahim membesar
  • Masalah darah

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 30 2020 13:23:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid berlebihan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Sulit
Haid saya keluar berketul besar tapi tak melekit pada hari ketiga setiap bulan. Haid saya teratur je setiap bulan memang akan datang haid tapi setiap hari ketiga mesti akan keluar seketul besar lepas tu dah tak senggugut Umur saya 20 tahun. Period first saya masa umur 12, memang haid saya teratur tapi sejak kebelakanagn ni selalu keluar ketul tu. Selagi tak keluar ketul besar tu, mesti senggugut smapi tak boleh… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Haid darah berketul dah lima hari saya berumur 19tahun mengalami haid darah berketul sudah 5 hari . darah biasa kurang Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Adakah normal sekiranya period datang 2 kali dalam satu bulan? Saya ingin bertanya, pada 30/3 lepas sy period sehingga 6/4…dan pada 21/4, period sy datang balik…adakah ianya normal? Sebelum ni pun pernah datang 2 kali sebulan jugak tapi ianya tidak terjadi … Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Darah period terlalu banyak Saya berumur 23 tahun, period saya bulan ni darah terlalu banyak sampai kena tukar pad banyak kali dalam sehari. 1st & 2nd day darah tak banyak masuk hari ke 3 start banyak. Baru first time peri… Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Haid 2 hari dan gatal² Dr, saya tlh buat seks tapi pakai condom, then beberapa minggu sblum haid … saya ada muntah 2 kali, tapi tidak berkali² … then bila haid saya yg sepatutnya tarikh tersebut … sya awal haid 4 hari… Baca lagi...
39 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15