
amirulika19
5 tahun
Haid Saya Sudah 4 Bulan Tidak Datang. Apakah sebabnya ya?
Saya wanita berusia 20-an, kali terakhir saya didatangi haid, pd 31Mei 2019. Sebelum ni, haid paling lewat dtg pun sebulan sahaja. Takpernah pula sampai 4bulan. Apakah puncanya dan apakah yang patut saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak datang ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.