Sulit
6 tahun
Haid setelah bersama
Salam doctor, sy wanita berkahwin lewat 20an. Mempunyai 2 anak lelaki dan sy bersalin secara operation untuk kedua2nya. Yg pertama May 2016 dan terbaru April 2019. Saya mengambil perancang keluarga iaitu suntikan depo 3 bulan. Untuk anak yg pertama, setelah habis darah nifas 60 hari sy, didatangi haid 7 hari kemudian. Setelah mengambil suntikan kali pertama, sy tidak didatangi haid selama hampir 2 tahun. Sy berhenti suntikan 6 bulan kemudian bulan ke 7 sy didatangi haid selama sebulan ‘on off’.Bln ke 8 sy tidak dtg haid dan bln ke 9 sy disahkan hamil. Setelah melahirkan anak ke 2,sy diberi suntikan depo sehari selepas bersalin. Setelah abis nifas 60 hari, 2 minggu kemudian sy didatangi haid selama 15 hari (pendarahan hanya on off berturut2 pada waktu pagi). Bln 2 turut begitu, bln ke 3 tidak didatangi haid dan bulan seterusnya simpton tersebut berulang. Pemasalahannya, haid akan berulang jika sy bersama suami keesokkan harinya. Jika sy bersama pada waktu malam, keesokan harinya pada ada beberapa titikan darah berwarna merah hati. Begitu jg klau sy bersama di waktu pagi, petang akan ada titisan darah. Namun pendarahan tidak sampai melimpah2 dan sy tidak merasa sakit ketika bersama. Boleh sy mengetahui mengapa permasalahan ini berlaku? Adakah kesan suntikan? Hormon tidak stabil or kesan dari luka pembedahan czes?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Oleh kerana perdarahan setelah berhubungan ini sering terjadi, adalah dikhuatiri sekiranya terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari keluhan anda ini. Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor.
Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































