Sulit
5 tahun
Haid tak datang melebihi sebulan dan badan saya ada tanda yang pelik
Saya period bulan 3 tetapi bulan 4 takdatang lagi, perut saya terasa kerasa bawah pusat sebelah kanan dan apabila ditekan terasa sakit. Selain daripada itu, payudarasa saya jadi membesar, ada strech mark di sebelah dan terdapat bintik kecil sekitarnya yang saya tak pasti ada sejak bila, bahagian bawah pusat saya juga menjadi besar, jadi saya pergi klinik dan doctor beri ubat nerothisteron dan sejenis ubat yang saya tak pasti. Ubat tersebut haruslah dihabiskan dalam masa dua hari. Persoalan saya dr, apakah penyakit yang dialami saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda sedang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional
Jika anda merupakan seorang yang pernah menjalankan hubungan kelamin tanpa perlindungan, anda harus mendapatkan ujian kehamilan. Kehamilan merupakan punca utama kelewatan haid. Banyak wanita tidak sedar bahawa haid yang lewat merupakan tanda pertama kehamilan. Selain kehamilan, gangguan hormon merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur. Jika anda disahkan menghidap gangguan hormon, kondisi ini sering dirawat dengan ubatan hormon atau pil perancang keluarga. Oleh itu, anda harus mengambil ubatan hormon yang diberi oleh doktor seperti yang telah dinasihatkan dan kembali berjumpa dengan doktor jika ubat tersebut tidak berkesan.

























