Sulit
5 tahun
Haid tidak datang setahun setengah
Saya wanita berusia 24 tahun. Dan tidak datang haid lebih kurang setahun setengah. Sebelum ni haid memang tidak teratur tetapi akan datang sekurang2 nya 3 atau 4 bulan sekali. Tetapi kali ni sudah lebih setahun tidak datang haid. Saya bakal berkahwin tahun hadapan jadi saya agak risau berkaitan hal ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini kerana haid anda lewat selama 2 bulan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
























