Sulit
2 tahun
Haid tidak teratur sampai berbulan lama tidak datang
saya remaja umur 21 tahun. sejak umur 16 tahun period saya tidak menentu. dan tidak datang langsung. dari umur 17tahun sampai sekarang saya cuma bergantung dengan ubat. dan tahun lepas saya pergi jumpa doktor. doktor sarankan saya ubat progyluton utk 3 bulan. lepas itu haid saya dah teratur tapi cuma utk beberapa bulan. sekarang sudah 5 bulan haid saya tidak datang. mohon penjelasan adakah saya patut sambung ubat progyluton tu atau saya kena buat apa, sbb dr kata cuma makan utk 3 bulan disebabkan masalah hormon
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Umur
- Tekanan perasaan atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Berat badan yang terlalu rendah
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.