Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Haid tidak teratur selepas demam denggi

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 16, 2020 7:09 AM

Sulit 52 hari

Saya wanita 36 tahun… Dalam bulan february 2020, sy disahkan demam denggi
Tapi tidak warded. Selepas seminggu drmam tidak kebah, ade naik bintik2 bintik… Cek darah hanya diklinik…

Semasa didalam demam sy ade keluar darah macam period…tp selama demam sahaja. Leas recover denggi…darah pon habis… Selang seminggu period lagi… Habis period dalm 3 hari…Kemudian ada mcm ketulan mcm keputihan tp warna coklat merah merah… Sakit mcm period pain.
Sekarang seleas 3bulan sy masih tak datang period. Adakah ini normal ?? atau sy kna buat checkup lainn? Atau sy kna buat pregnancy test??

Sekian. Terima kasih doktor.

Dr Sashini Seeni 52 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
  • Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatang yang sesuai boleh diberikan.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 16 2020 07:09:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Period tidak teratur sejak dari awal datang period dan selalu mendapat symptoms senggugut tapi tak period . saya risau dengan keadaan sebegini hai, maaf mengganggu. saya berumur 19 tahun tapi mempunya masalah period tidak teratur sejak dari awal datang period lagi. period hanya akan datang 2-3 bulan sekali dan hanya period 4-5 hari sah… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Tidak datang haid ambil pil reguloN Pada 11/5 saya buat D&C. Saya mula ambil pil regulon pada 30/5 dan 23/06 hari ke 4 berhenti untuk 7 hari. Adakah normal haid belum datang? Perlu saya teruskan makan ubat atau tidak? Baca lagi...
13 hari
Sulit
Tidak datang haid dalam jangka waktu yang lama Saya wanita berumur 23 tahun dan masih bujang. Saya hadapi masalah haid tidak teratur sejak sekolah menengah. Tapi wakti itu paling lama pun 2 bulan sekali. Pada umur saya 16/17 tahun, semakin l… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Ingin mengandung tetapi kecewa kerana masih tiada lagi, mempunyai masalah period tidak teratur selepas berkahwin, risau adakan ini petanda saya ada masalah untuk hamil? period setiap bulan datang, tapi lewat atau cepat je saya wanita berumur 26 tahun, baru berkahwin pada bulan 12 tahun lepas,tengah berusaha untuk mengandung, tetapi masih belum ad lg, apa yg merisaukan sy, sebelum ini period sy paling lambat dalam… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Masalah period tidak teratur dn period berwarna koko seperti keputihan yg berwarna koko Sy wanita berumur 34thn dn tlh berkahwin…maslaah sy oeriod tidak tratur ejak lahirkan anak oertama yg tlj berumur 13thuntp sekrg mkin truk…krn 6 bln tidak dtg dn bln ke7 dtg dgn kuantiti sedikit… Baca lagi...
13 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi