
Sulit
4 tahun
Haid Yang Berpanjangan Dan Berselang Seminggu
Saya seorang remaja yang berumur 18 tahun . Pada 30/6/2020 adalah kali terakhir saya mengambil suntikan steroid untuk keloid kerana kemalangan jalan raya . Seminggu selepas suntikan saya datang period selama 9 hari iaitu pada 9/7/20 sehingga 17/9/20 . Tetapi seminggu selepas itu , iaitu pada tarikh 23/7/20 saya datang period kembali . Adakah itu disebabkan oleh faktor hormon dan suntikan yang diambil ? Bagaimanakah cara untuk saya mengatasinya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah ini atau sama ada anda menghidap kanser walaupun ia sangat jarang berlaku, maklumat lanjut,pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.