fatinjohar92
6 tahun
Haid yang berpanjangan selepas depo
Saya berusia 27 tahun dan baru melahirkan anak pada jun lepas. Saya menerima suntikan depo pada 7.7.19 dan datang haid pada 14.7.19 sehingga sekarang dan masih belum berhenti. Kadar darah tidak terlalu banyak cuma saya risau ianya berpanjangan. Berapa lama masa haid yang akan saya alami lagi? Adakah ianya bahaya? Adakah saya perlu makan pill untuk hentikan haid?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid yang berpanjangan anda boleh disebabkan:
- Penggunaan depo selepas bersalin - kerana pendarahan selepas bersalin tidak lagi habis
- Fibroid/polip dalam rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti aspirin/ibuprofen
Pengambilan suntikan perancang sememangnya memberi kesan kitaran haid tidak teratur diawal penggunaannya. Keadaan ini hanya akan jadi bahaya sekiranya terlalu banyak darah yang keluar ataupun anda mengalami gejala anemia (kurang sel darah merah). Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































