
Sulit
4 tahun
Hamil tapi pancut di dalam
Hi doktor saya nak tanya , semasa hamil boleh ke melakukan hubungan seks tetapi pancut di dalam , tidak menyebabkan kandungan di dalam janin ke

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda buat masa ini. Buat pengetahuan anda, anda boleh melakukan hubungan seksual ketika sedang hamil dan kehamilan seterusnya tidak akan berlaku sekiranya anda sedang hamil.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ingin kami tekankan agar melakukan hubungan seksual di dalam posisi yang selesa dan tidak menyusahkan kedua-dua pasangan untuk mengelakkan dari ketidakselesaan dan masalah ketika sedang berhubungan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan lebih lanjut daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.