rafidahomar
4 tahun
Hanya batuk ketika mandi. Batuk berkahak. Batuk sehingga terkencing
Saya wanita berumur 41 tahun. Saya hanya batuk apabila saya mandisahaja. Batuk tersebut mengeluarkan kahak dan agak teruk kerana saya akan batuk dari mula mandi sehingga selesai.mandi dan kadang kala termuntah dan terkencing. Waktu biasa,saya tidak batuk langsung. Saya juga tidak mempunyai masalah sakit tekak dan saya tidak batuk di dalam aircond. Apakah masalah kesihatan saya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Apabila terjadi batuk berkahak yang lama dan berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
Asma
Jangkitan saluran pernafasan atas
Bronkiektasis
Tuberkulosis (Tibi)
Bronkitis
Kanser paru-paru
Sekiranya anda rentan, maka anda harus mengambil langkah penjagaan yang sesuai seperti memakai topeng muka, menjauhi habuk dan sebagainya. Bagi mengenalpasti penyakit sebenar yang mendasari keluhan anda ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.