Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hari subur perut rasa cramp & senak

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: September 11, 2020 6:27 AM

Sulit 46 hari

Hi, sy sedang merancang ank kedua mggunakan kaedah OPK . Kelmarin OPK sy +ve .sy nk tnya doktor normal ke kalau cramp perut /senak perut semasa berlaku nya ovulasi ? Harini pun perut sy rasa senak lg sebelah kiri .harap dapat penjelasan dri doktorterima kasih

Dr Sashini Seeni 46 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih Puan kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kebimbangan Puan tentang kesakitan yang sedang Puan alami.

Kehamilan adalah saat yang indah, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya untuk perkembangan bayi yang sihat.

Untuk makluman Puan, dalam ilmu perubatan, terdapat satu istilah dipanggil ‘Mittelschmerz’ ataupun sakit ketika ovulasi berlaku. Majoriti wanita tidak mengalami sakit sebegini, namun sebahagian kecil wanita akan mengalami sakit ketika ovulasi berlaku dan ianya adalah normal.

Mengikut kajian yang dilakukan, tiada sebab sebenar mengapa sakit inir berlaku. Namun terdapat satu konklusi daripada kajian tersebut menyatakan bahawa ketika ovulasi, apabila telur keluar daripada ovari wanita, telur tersebut akan keluar bersama cecair dan darah. Iritasi diantara darah dan cecair yang keluar menyentuh pada permukaan dalaman dinding badan menyebakan sakit ini berlaku.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Sekiranya Puan mengalami simptom sakit yang berpanjangan, sila berjumpa dengan Doktor untuk pemeriksaan lanjut. Puan juga boleh mendapatkan khidmat konsultasi pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Sep 11 2020 06:27:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Senak dalam kemaluan hi doc. saya perempuan umur 20 tahun. saya kerap rasa senak dalam lubang kemaluan tambah bila berjalan lagi rasa sakit. rasa senak dia tu macam ada something yang nak terkeluar from my vagina. b… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Pendarahan keluar dari alat sulit Saya wanita berumur 30tahun. Sejak bulan Ogos, saya telah mengalami period yang berpanjangan dan telah berjumpa dengan doktor. Doktor hanya memberikan ubat norethisterone untuk menghentikan peri… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Alat sulit terlalu gatal keluar keputihan pekat. Tumbuh ulser disekeliling alat sulti sngt pedih dn sakit untk di sentuh. Bantu sy. Terlalu sakit Sy masih ank dara. Mnggu lepas sy ada menggunakkn pencuci femanim dn sy cuci 3 hari berturut2 . Mula keluar cecair jernih dn slowly rasa gatal. Sy ada jumpa doktor n dpt ubat sapu. Masih lg saki… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Masalah membuang dan jerawat saya wanita berusia 19 tahun dan saya ada masalah membuang…dalam seminggu saya dapat membuang sekali atau dua…kadang-kadang saya tak membuang selama 2 minggu…adakah masalah ni mempengaruhi jeraw… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Kegatalan di kemaluan salam doktor, saya berusia 26tahun baru sahana melahirkan anak kedua 14/10/20…saya ingin menanyakan bahawa antara celahan peha dan kemaluan saya mengalami kegatalan… kadag saya tak tahan rasa ga… Baca lagi...
17 jam
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!