
Sulit
5 tahun
Heat rashes atau chicken pox
anak saya biasanya mengalami gatal² di bahagian leher dan belakang badan teritama musim panas. tapi baru² ni namapk naik bintik² di bahagian muka (pipi, atas bibir). bagaimana ye saya nak kenalpasti itu chicken pox atau heat rashes.
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, masalah chicken pox selalunya sangat gatal dan tidak akan baik seperti heat rash. Malahan bintik ini akan makin bertambah sehingga ke seluruh badan. Selain itu, bintik ini akan menjadi lepuh merah dalam masa beberapa hari dan akan pecah serta mengeluarkan cecair.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan harus dijalankan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.