Sulit
3 tahun
Hendak mengambil pil perancang yasmin
Saya berumur 27 tahun…saya sedang menyusu badan utk bayi berumur 90 hari…adakah sy dapat mengamalkan kaedah perancang pil yasmin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang progesterone sahaja lazimnya diberikan kepada golongan ibu yang sedang menyusukan anak. Yasmin pula merupakan pil perancang yang mengandungi gabungan hormon oestrogen dan progestin boleh didadapati secara mudah di farmasi, tetapi boleh mengurangkan penghasilan susu badan. Sebagai info tambahan, ibu yang menyusu anak secara eksklusif akan mempunyai kesan kontraseptif secara semula jadi terumatanya sehingga bayi anda 6 bulan kerana anda tidak akan ada ovulasi buat masa ini.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terdekat utuk penilaian sebelum memulakan pil perancang. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.