Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hepatitis akibat makan di gerai tepi jalan

Dijawab oleh: Dr Ilias

Dikemaskini pada: Februari 12, 2019 3:37 AM

Anonymous 17 bulan

kawan saya tak bagi makan makanan dekat tepi jalan, katanya nanti dapat hepatitis. Bukan ke hepatitis tu kalau buat seks dengan pelacur baru dapat?

Dr Ilias 17 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih untuk persoalan anda. Hepatitis merupakan sebuah penyakit yang menjejaskan hati manusia. Terdapat beberapa jenis hepatitis dan cara penularan setiap jenis berbeza. Hepatitis A dan E menular melalui laluan dubur-mulut iaitu, apabila seseorang yang tidak pernah dijangkiti virus ini menelan makanan atau air yang tercemar dengan najis dan air kencing orang yang telah dijangkiti. Ini boleh berlaku dalam situasi-situasi seperti berikut:

• Penyedia makanan tidak mencuci tangan dengan bersih ataupun mencuci tangan menggunakan air yang tercemar dengan kumbahan
• Minum air tercemar (termasuk kiub ais)
• Makan kerang yang tidak dimasak sepenuhnya
• Melakukan hubungan kelamin dengan orang yang mempunyai jangkitan, khususnya jika hubungan tersebut melibatkan sentuhan rektum (laluan belakang) dengan jari, mulut atau lidah

Hepatitis B, C dan D pula merebak melalui laluan parenteral iaitu semua laluan kecuali saluran usus. Ini bermaksud ia boleh menular melalui darah, air mani, rembesan vagina dan juga susu ibu orang yang dijangkiti. Sekian, harap membantu.

Dikemaskini pada: Tue Feb 12 2019 03:37:00 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Ramzdhan 17 bulan
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Virus Hepatitis A (HAV) adalah penyebab Hepatitis A iaitu sejenis penyakit hepar dan penyebaran virus ini berlaku apabila:

  • individu yang tidak pernah dijangkiti atau tidak pernah divaksinkan untuk virus ini
  • makan atau minum makanan atau minuman yang tercemar oleh najis individu yang dijangkiti Hepatitis A

Penyakit ini sangat berkait rapat dengan:

  • Air yang tidak bersih
  • Sanitasi yang kurang baik
  • Tahap kebersihan diri yang rendah seperti makanan tepi jalan

Anda boleh makan makanan tepi jalan tetapi sila pastikan kedai tersebut menggunakan air yang bersih dan cara menyediakan makanan adalah memuaskan.

Walaupun jangkitan Hepatitis A tidak menyebabkan penyakit hepar yang kronik, tetapi ia boleh mendorong ke arah kegagalan fungsi hati dan kematian. Jangkitan virus ini boleh dicegah melalui:

  • Meningkatkan tahap kebersihan keselamatan makanan
  • Memberi suntikan vaksin dan amalan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan air bersih adalah sangat penting.
Dikemaskini pada: Tue Feb 12 2019 05:17:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Hepatitis A dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
zuhair
Kawan saya dimasukkan ke hospital sebab sakit hepatitis A Doktor, kawan saya dimasukkan ke hospital sebab sakit hepatitis A. macam mana dia boleh dapat penyakit ni ye? Baca lagi...
17 bulan
Anonymous
Hepatitis akibat makan di gerai tepi jalan kawan saya tak bagi makan makanan dekat tepi jalan, katanya nanti dapat hepatitis. Bukan ke hepatitis tu kalau buat seks dengan pelacur baru dapat? Baca lagi...
17 bulan
azrina
Macam mana nak rawat hepatitis A? Macam mana nak rawat hepatitis A? Baca lagi...
16 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi