
Anonymous
2 tahun
Hernia di dekat kemaluan
Ayah saya berumur 64thn, Dan pernah menjalani pembedahan hernia sebanyak dua Kali. Dan sekarang hernia ITU muncul kembali di tempat yg sama yakni di dekat kemaluan nya “balls”. Tq. Bolehkah dia menjalani pembedahan semula?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, Hernia Inguinal (angin pasang di bahagian atas kemaluan) berlaku apabila tisu, seperti bahagian usus, menonjol melalui tempat yang lemah di otot perut. Benjolan yang dihasilkan boleh menyakitkan, terutamanya apabila anda batuk, bengkok atau mengangkat objek berat.Seperti yang diterangkan oleh anda ayah anda kemungkinan besar mengalami recurrent hernia (hernia berulang) , incisional hernia (hernia di bahagian pembedahan)
Untuk maklumat lanjut mengenai risiko dan prognosis bapa anda, anda dinasihati untuk berunding dengan dotor bedah dengan lebih mendalam.
Untuk pertanyaan lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.