
cik.april29
5 tahun
Herpes simplex pada kemaluan
Saya mengalami herpes simplex di bahagian kemaluan dan telah mengambil ubat seperti yg disarankan oleh doktor…persoalannya mengapakah biji2 sperti nanah itu tetap merebak dari sehari ke sehari walaupun saya telah makan ubat mengikut aturan doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Herpes ialah penyait kelamin yang mudah berjangkit melalui hubungan seks. Ia disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV1 dan HSV2). Virus ini menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Selepas berjangkit, virus akan kekal di dalam tubuh, sekiranya virus aktif ia akan menjangkiti pasangan anda, jika tidak aktif, ia akan ‘tidur’ dalam badan anda. Untuk pengetahuan anda, HSV1 berjangkit di mulut dan sekitar bibir, manakala HSV2 berjangkit sekitar alat kelamin. Selain melalui hubungan seks, virus ini juga boleh berjangkit dari ibu ke anak dalam kandungan.
Doktor akan memberi anda ubat antivirus. Pengambilan ubat antivirus juga akan mengurangkan risiko jangkitan kepada pasangan anda, oleh itu adalah lebih baik jika anda menghabiskan ubat yang diberi. Jika ianya tidak berkesan, anda perlu berjumpa semula dengan doktor untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.