Sulit

2 tahun

Herpes simplex for men

Hi dr, saya seorang lelaki berumur 23tahun, saya nak tanya, adakah herpes ini berbahaya dan dapat menyebabkan mandul. And berapa lama untuk ia hilang. Sebab di bahagian kemaluan saya terdapat benjolan merah dan berair serta menjadi gatal. Tapi bila kering ia menjadi seperti kuping

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, jangkitan virus herpes dikenali sebagai penyakit kulit menggelembung air. Virus herpes tergolong dalam kumpulan alpha herpesvirus. Virus herpes simplex adalah virus yang boleh berjangkit pada mana-mana bahagian badan, yang paling biasa adalah pada bahagian kelamin atau mulut. Terdapat 2 jenis herpes simpleks iaitu herpes simpleks 1 dan 2.

Virus herpes simplex boleh berjangkit daripada seseorang kepada seseorang yang lain melalui sentuhan langsung. Jangkitan dengan HSV-1 boleh berlaku melalui interaksi-interaksi umum seperti:

  • makan daripada alat perkakas yang sama
  • berkongsi pelembap bibir atau gincu
  • mencium

Virus tersebar dengan lebih cepat apabila seseorang yang dijangkiti mengalami jangkitan di dalam fasa aktif. Seramai 30 hingga 95 peratus orang dewasa yang mempunyai jangkitan HSV-1, tetapi tidak pernah mengalami fasa aktif yang digelar ‘dormant state’. Terdapat juga kebarangkalian yang menunjukkan beberapa pesakit yang mendapat jangkitan herpes genital HSV-1 mendapatinya melalui hubungan seksual secara oral.

Virus HSV-2 pula adalah virus jenis herpes yang berjangkit melalui hubungan seksual dengan seseorang yang mempunyai jangkitan tersebut. Menurut kajian oleh American Academy of Dermatology (AAD), seramai 20% daripada orang dewasa yang mempunyai kehidupan seksual yang aktif akan mendapat jangkitan HSV-2.

Antara faktor-faktor risiko lain untuk mendapat jangkitan HSV-2 termasuklah:

  • mempunyai sistem imun yang lemah
  • mempunyai pasangan seks yang ramai
  • mempunyai jangkitan seksual (STI) yang lain bersama HSV-2

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_214746128_Preview

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)